Pemergian Mufti Besar Arab Saudi kehilangan besar buat umat Islam - Anwar

Iklan
Tangkap layar ucapan takziah di Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz Abdullah Al-Sheikh sebagai kehilangan besar seorang ulama yang banyak berjasa kepada dunia Islam dan umat keseluruhannya.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata, bagi pihak rakyat Malaysia, beliau merakamkan simpati dan ucapan takziah kepada seluruh warga Arab Saudi serta umat Islam di seluruh dunia yang turut merasai kehilangan besar itu.

Iklan
Iklan

"Kita kehilangan seorang ulama besar yang cakna dengan ilmu dan hikmah yang telah banyak berjasa kepada dunia Islam dan umat keseluruhannya.

"Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkannya bersama para anbiya' dan solihin. Al-Fatihah," katanya dalam hantaran itu.

Iklan

Semalam, Agensi Berita Arab Saudi melaporkan Mahkamah Diraja mengumumkan bahawa Sheikh Abdulaziz yang menyandang jawatan itu sejak 1999 meninggal dunia.

Sheikh Abdulaziz, 82, dianggap antara ulama terkemuka yang banyak menyumbang dalam bidang ilmu serta memberi khidmat besar kepada Islam dan umatnya. - Bernama

Iklan