Bayi dijumpai di hutan, mulut disumbat batu dan digam

Iklan
Bayi terbabit terselamat apabila ditemui seorang pengembala ternakan yang kebetulan melalui kawasan berkenaan. - Foto: Agensi

RAJASTHAN – Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di kawasan hutan dalam keadaan menyayat hati apabila mulutnya dilekatkan dengan gam dan disumbat seketul batu.

Menurut laporan portal NDTV, insiden itu berlaku di kawasan Balai Polis Bijolia, daerah Bhilwara, berhampiran Kuil Sita Kund.

Iklan
Iklan

Difahamkan, tindakan memasukkan batu ke dalam mulut bayi berkenaan dipercayai bertujuan menghalangnya daripada menangis dan menarik perhatian orang ramai.

Bagaimanapun, bayi terbabit terselamat apabila ditemui oleh seorang pengembala ternakan yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Iklan

Pengembala tersebut segera mengeluarkan batu dari mulut bayi itu sebelum menghantarnya ke hospital kerajaan berdekatan untuk rawatan lanjut.

Menurut pihak hospital, bayi terbabit kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan.

Iklan

Polis memaklumkan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapa bayi terbabit.

Antara langkah yang diambil termasuk meneliti laporan kelahiran di hospital sekitar serta menemu bual penduduk kampung berhampiran.

Kes ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat yang mengutuk perbuatan tersebut sebagai satu jenayah yang tidak berperikemanusiaan.