MB Kelantan umum butiran awal peruntukan khas RM5 juta

Iklan
Ahmad

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini memberikan butiran awal mengenai peruntukan khas sebanyak RM5 juta yang diumumkannya semalam bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Ahmad dalam satu kenyataan berkata, ia membabitkan bayaran sebanyak RM300 bagi satu keluarga pesakit yang positif Covid-19, dalam kalangan B40.

Iklan
Iklan

"(Selain itu) bayaran sebanyak RM300 bagi satu keluarga kepada golongan B40, yang diletakkan di bawah pengawasan berpusat kerana Covid-19.

"Bayaran sebanyak RM500 kepada waris mangsa Covid-19 yang meninggal dunia dan bukan merupakan peserta Skim Kifaalah Kerajaan Kelantan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pembayaran akan diberikan kepada keluarga mangsa. - Bernama