Mufti Besar Arab Saudi Abdulaziz Al-Sheikh meninggal dunia

Iklan
Sheikh Abdulaziz bin Abdullah Al-Sheikh

RIYADH - Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz bin Abdullah Al-Sheikh yang menyandang jawatan itu sejak 1999 telah meninggal dunia, menurut Mahkamah Diraja dalam satu kenyataan pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Kerajaan Arab Saudi dan dunia Islam telah kehilangan seorang ulama terkemuka yang banyak menyumbang dalam perkhidmatan ilmu, Islam dan umat Islam,” menurut kenyataan itu yang disiarkan oleh Agensi Berita Arab Saudi.

Iklan
Iklan

Solat jenazah akan diadakan di ibu negara Riyadh dan di masjid-masjid lain di seluruh negara pada Selasa, tambah kenyataan berkenaan. - Bernama

 

Iklan
Iklan