Tak faham bahasa, prosiding bunuh ditangguh

Iklan
Prosiding pertuduhan membunuh terhadap warga Myanmar, Thien Mg, 31, (hadapan) ditangguh kerana tidak memahami bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

IPOH - Seorang lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas pertuduhan membunuh rakan senegara dalam kejadian di Menglembu, tiga minggu lalu.

Bagaimanapun, Majistret S Punitha menangguhkan prosiding pertuduhan selepas tertuduh, Thien Mg, 31, tidak memahami bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Iklan
Iklan

Mahkamah menetapkan 2 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk memberi masa menyediakan khidmat jurubahasa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zarris Sofea Zainudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Mahkamah turut tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Kes berkenaan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Iklan

Dalam kejadian 5 September lalu, seorang lelaki warga Myanmar dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik asrama sebuah tokong di Jalan Menglembu.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada hari sama jam 5.45 pagi dan hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian adalah kecederaan kepala akibat trauma tumpul.