Pelukis Aiman Zamri, 29, bergambar bersama hasil seni lukis berunsurkan surealisme ketika ditemui di kediamannya di Bandar Puteri Klang, baru-baru ini.
Karya sureal merujuk hasil seni seperti lukisan, sastera dan filem yang menggabungkan elemen realiti dengan mimpi, imaginasi atau alam bawah sedar dengan menampilkan imej atau situasi pelik, tidak logik atau luar biasa seolah-olah datang dari mimpi atau khayalan.