Menidakkan hak kanak-kanak untuk dilindungi
Iklan
Farah Nini berpandangan cadangan menukar status mangsa rogol bawah umur kepada pesalah tidak wajar dipertimbangkan.
SHAH ALAM - Tindakan menukar status mangsa kes rogol bawah umur kepada pesalah disifatkan sebagai langkah terbelakang dan menidakkan hak kanak-kanak untuk dilindungi.
Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Dr Farah Nini Dusuki berkata, cadangan berkenaan sama sekali tidak wajar dipertimbangkan.