Wajar semak semula undang-undang rogol statutori bawah umur
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin berhubung cadangan Ketua Polis Kelantan agar perempuan yang terbabit dalam hubungan seks suka sama suka dengan lelaki turut dikenakan tindakan undang-undang. (Gambar kecil: Nor Zabetha, Mohamad Haziq)
SHAH ALAM – Undang-undang rogol statutori wajar disemak semula bagi kes rogol bawah umur yang membabitkan kerelaan kedua-dua pihak.
Peguam, Mohamad Haziq Mohamad Asman berkata, di bawah Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan, seorang lelaki dianggap melakukan rogol jika melakukan persetubuhan dengan gadis bawah umur 16 tahun, sama ada dengan kerelaan atau tanpa kerelaan.