CAKUNG - Hanya kerana enggan memasak mi segera, seorang wanita maut selepas dibakar hidup-hidup oleh suaminya sendiri dalam kejadian Khamis lalu.
Suspek dikenali sebagai MA atau Andre, 29, melakukan perbuatan itu terhadap Siti Nurkalisah, 33, di rumah sewa mereka di Jalan Pulau Jahe, Kecamatan Cakung di Jakarta Timur, Indonesia.
Iklan
Iklan
"Andre mendakwa isterinya terlalu khusyuk bermain telefon bimbit dan tidak mengendahkan permintaannya. Pelaku tak berpuas hati lalu mengambil botol berisi thinner (pencair) selepas bertengkar dan dicabar isterinya.
"Dia kemudiannya menyimbah cecair tersebut pada bahagian atas tubuh mangsa dan menyalakan api. Kebakaran itu sempat dikawal sebelum ia marak ke seluruh bangunan," kata Kanit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA), AKP Sti Yatmini.
Isterinya yang mengalami kesan melecur teruk sempat mendapatkan rawatan di Rumah Sakit Islam Pondok Kopi sebelum disahkan meninggal dunia. - Agensi