LANGKAWI – Seorang lelaki yang baru selesai menghadapi pertuduhan berkaitan kes narkotik bertindak melarikan diri dengan terjun dari tingkat dua bangunan Mahkamah Langkawi, dalam kejadian pagi Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Samsulmuddin Sulaiman berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11.35 pagi melibatkan suspek dikenali sebagai Abas Saari, 22.