GPP 6.0 hanya tetapkan pakaian artis, tidak libatkan penonton konsert

Iklan
Garis panduan PUSPAL 6.0 hanya menetapkan kod pakaian untuk artis yang membuat persembahan. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi menegaskan bahawa Garis Panduan Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) (GPP 6.0) hanya menetapkan kod dan etika pakaian bagi artis yang membuat persembahan dan tidak melibatkan penetapan pakaian untuk penonton konsert.

Dalam kenyataan pada Isnin, Jawatankuasa PUSPAL (JK-PUSPAL) memaklumkan penjelasan itu dibuat susulan laporan akhbar The Star bertajuk 'New directive sets dress, conduct rules for concert' yang diterbitkan pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Kenyataan yang dikeluarkan adalah berbentuk saranan dan nasihat kepada penonton serta pengunjung melalui kerjasama dengan pihak penganjur konsert.

"Fokus utama ialah etika pemakaian dan tingkah laku yang sesuai dengan sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia demi memelihara keharmonian negara," menurut kenyataan itu.

Iklan

JK-PUSPAL memaklumkan perkara itu seperti dinyatakan Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin bahawa"walaupun garis panduan itu tertumpu terutamanya kepada penganjur dan artis, ia secara tidak langsung meliputi perlakuan penonton menerusi tanggungjawab penganjur."

Selain itu, JK-PUSPAL turut menasihati penganjur konsert untuk memastikan keselamatan dan kawalan kepada pengunjung dengan melaksanakan tindakan yang perlu sebelum, semasa dan selepas persembahan melibatkan aktiviti minuman keras dan dadah.

Iklan

Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini kepada keselamatan pengunjung, menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut berkaitan GPP boleh didapati dengan melayari laman web

https://portalpuspal.komunikasi.gov.my/garis-panduan-2/ atau menghubungi Unit PUSPAL di talian 03-89115356/5384 atau e-mel puspal@komunikasi.gov.my. - Bernama