Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang

Iklan
Nur Alina.

KAJANG – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di rumahnya di Seri Kembangan sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan, Nur Alina Abdullah pada jam 12.40 tengah hari pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan maklumat, Nur Alina dilaporkan kali terakhir dilihat sekitar jam 4.15 petang memakai tudung hitam, kardigan hitam, kemeja T merah dan seluar hitam.

"Remaja itu berbadan kurus dan berketinggian kira-kira 160 sentimeter,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai remaja terbabit supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8911 4222.

"Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Mastura Mat di talian 011-2625 9679," katanya.

Iklan