Gagal kuasai bahagian tengah punca Sabah FC tewas

Iklan
Sabah FC perlu memberikan fokus memperkuatkan jentera tengah pasukan. - foto Sabah Football Club

PENGENDALI Sabah FC, Jean-Paul de Marigny menyifatkan kealpaan kesebelasan pemain membiarkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menguasai bahagian tengah menjadi punca utama skuad kendaliannya hilang tumpuan hingga tewas 0-8 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, pada Ahad.

Menurutnya, kesebelasan skuad Harimau Selatan juga memiliki kualiti tersendiri apabila berjaya mengekalkan struktur permainan mantap sepanjang perlawanan dengan mendominasi bahagian tengah.

Iklan
Iklan

“Kalau kita biarkan pihak lawan mendominasi kawasan tengah, ia akan jadi lebih sukar. Mereka mudah memberi tekanan dan pemain kita akan hilang arah.

“Situasi ini berlaku kepada kami sepanjang perlawanan sehingga menjejaskan momentum permainan.

Iklan

“Lagipun, dalam bola sepak, bahagian tengah amat penting kerana dari situlah bermula kawalan perlawanan, dan sekiranya kita gagal menguasai bahagian tengah, pihak lawan lebih mudah mencipta peluang,” katanya selepas perlawanan.

Sementara itu, Jean-Paul tetap memberikan pujian kepada para pemain yang dilihat berusaha menyesuaikan diri walaupun berdepan cabaran sengit.

Iklan

“Sudah tentu, sebagai jurulatih saya kecewa dengan keputusan, tetapi ini juga satu pelajaran.

“Masih banyak baki perlawanan musim ini, jadi kami perlu segera belajar, kekal fokus dan bersedia menghadapi lawan berikutnya,” tambahnya.