'Terima ganjaran jika berjaya hamil di hotel ini'

Iklan
Bonus juga ditawarkan kepada kakitangan Arche yang memiliki cahaya mata. Foto Agensi

WARSAW - Sebuah kumpulan hartanah menawarkan ganjaran lumayan demi menangani kadar kelahiran yang rendah.

Tawaran itu dibuat Arche Group yang memiliki kira-kira 23 buah hotel dan sejumlah bangunan di Poland menerusi laman web mereka berikutan krisis demografi yang tercetus disebabkan penurunan berterusan kadar kelahiran selama 12 tahun di Warsaw.

Iklan
Iklan

Dalam usaha mengubah semula trend itu, pengusaha hotel tersebut melancarkan program insentif menawarkan pelbagai acara istimewa secara percuma kepada pelanggan yang berjaya hamil setelah menginap di salah sebuah hartanah mereka.

Bonus berjumlah 10,000 zloty (RM11,957) juga ditawarkan kepada bayi yang dilahirkan setelah ibu bapa mereka membeli rumah dari syarikat berkenaan.

Iklan

Menurutnya, program Arche Generations itu sah untuk pasangan lelaki dan wanita, namun salah seorang daripadanya haruslah warga tempatan dan menetap di negara tersebut.

Selain itu kakitangan Arche yang memiliki cahaya mata akan turut diberikan bonus.

Iklan

Sehingga akhir Jun, populasi di Poland dianggarkan berjumlah 37.4 juta orang, kurang sejuta berbanding statistik pada 2015.

Pada 2024, terdapat 157,000 kelahiran berbanding kematian di negara Eropah Timur itu dan trend itu dijangka berterusan pada tahun-tahun akan datang. - AFP