Paip IWK bocor punca lubang benam di Jalan Burma - MBPP

Iklan
Lubang benam di Jalan Burma, George Town berpunca daripada kebocoran paip pembentungan IWK.

GEORGE TOWN - Lubang benam yang terbentuk di Jalan Burma berhampiran persimpangan Jalan Transfer di sini, berlaku akibat kebocoran paip pembentungan milik Indah Water Konsortium (IWK).

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada kira-kira 9 pagi melibatkan kebocoran paip pembentungan bersaiz 300 milimeter (mm).

Iklan
Iklan

"Kebocoran paip pembentungan bersaiz 300 mm yang menggunakan sistem pam bertekanan tinggi tersebut telah menyebabkan kerosakan serius pada permukaan jalan dan mencetuskan lubang benam di Jalan Burma.

"Bertindak dengan segera atas faktor keselamatan awam, MBPP dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menutup Jalan Burma dan melencongkan trafik ke arah Jalan Dr Lim Chwee Leong bagi mengelakkan risiko kepada orang awam sementara menunggu sisatan lanjut dari pihak IWK serta MBPP,” menurut itu hari ini.

Iklan

Menurut MBPP,  siasatan berhubung kejadian itu akan dimuktamadkan petang ini dan tindakan seterusnya akan diambil segera oleh IWK dan MBPP.

Sementara itu, MBPP turut menasihatkan orang ramai merancang perjalanan sebaiknya dan mengelak daripada melalui kawasan di sekitar bangunan Komtar supaya tidak tersekat dalam kesesakan yang berlaku disebabkan oleh lencongan di Jalan Burma. - Bernama

Iklan