Bekas pegawai AS tuduh Malaysia jadi pusat operasi Hamas

Iklan
Hantaran kontroversi Jonathan di aplikasi X selepas kenyataan Anwar supaya hubungan dengan Israel diputuskan.

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI]  Bekas penganalisis kewangan keganasan di Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Jonathan Schanzer mencipta kontroversi apabila mendakwa Malaysia telah lama menjadi pusat operasi anggota Hamas.

Dalam satu hantaran di platform X, Jonathan turut menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berminat dengan perdamaian.

Iklan
Iklan

“Negaranya sudah lama menjadi tuan rumah kepada anggota Hamas. Beliau langsung tidak berminat dengan perdamaian,” tulisnya.

Kritikan tersebut muncul selepas Anwar menegaskan pendirian Malaysia untuk terus menyokong Palestin dan menggesa supaya hubungan dengan Israel diputuskan kerana Gaza terus dihancurkan manakala Tebing Barat dirampas.

Iklan

Hantaran Pengarah Eksekutif Yayasan Pertahanan Demokrasi (FDD) yang mendakwa Malaysia sebagai lokasi operasi Hamas itu meraih hampir sejuta tontonan dengan sebahagian besar respons datang daripada pengguna media sosial Malaysia.

Jonathan menyifatkan reaksi yang diterimanya sebagai lucu serta keterlaluan.

Iklan

“Hampir sejuta tontonan. Hampir sepenuhnya troll dari Malaysia. Respons diterima agak lucu dan ada yang keterlaluan,” katanya dalam ciapan berasingan di aplikasi X.

Terdahulu, beberapa pengguna platform X tampil membidas kenyataan Jonathan dengan membandingkan rekod negara Barat yang pernah terbabit dalam peperangan dan pengeboman di luar negara.

Seorang pengguna X mempertikaikan dakwaan tersebut dengan menulis: “Nama sahaja penganalisis. Mana sumber engkau petik?”

Nada sama turut dikongsi pengguna @alyphzakri yang menegaskan: “Keamanan? Apa Amerika buat di Iraq, itu kah yang kamu panggil keamanan?”

Pengguna lain, @minpage_turn menulis: “Itu kenyataan yang melampau, sedangkan negara kamu sendiri pernah mengebom rakyat negara lain.”

Manakala @hafiz_suhaidi pula menyindir ringkas dengan komen: “Koyak lah tu.”

Seorang lagi, @nizalfisa menyatakan: “Kamu yang tidak mahu keamanan, tapi tuduh orang lain pula.”

Tidak ketinggalan, pengguna @skyloong2014 membalas sindiran dengan menulis: “Apa kamu cemburu, Jonathan, kerana negara kamu pun tidak aman dan tidak sebaik Malaysia.”