PROGRAM Road To Gold (RTG) mengesahkan semua atlet negara yang memenangi pingat di Sukan Olimpik Paris 2024 dan memenuhi syarat penajaan menerima ganjaran masing-masing dalam tempoh dua bulan.
Dalam satu kenyataan, RTG memaklumkan, pihaknya menerima beberapa tawaran penajaan khusus bagi menghargai atlet negara yang meraih pingat di Paris, selain memastikan semua tawaran direkodkan bagi melindungi hak atlet terbabit.