Dwistandard AS di Asia Barat
Iklan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani ketika menghadiri majlis menandatangani perjanjian di Doha, Qatar pada Mei lalu.
QATAR ialah sebuah negara kecil yang kaya raya di Asia Barat terletak bersempadan dengan Teluk Parsi.
Bersama lima negara Arab lain yang juga terletak bersebelahan teluk tersebut iaitu Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Negara-negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman, mereka membentuk kesatuan politik serantau dikenali sebagai Majlis Kerjasama Teluk - Gulf Cooperation Council (GCC).