Maruah, kedaulatan dan integriti
Iklan
Situasi di Kampung Sungai Baru ketika operasi pengosongan baru-baru ini. Gambar kecil: Hasan
KEKECOHAN isu pengusiran sebahagian penduduk Kampung Sungai Baru yang enggan mengosongkan premis kediaman mereka kepada pemaju asing, sampai ke kemuncaknya pada 11 September 2025 lepas.
Majlis Perundingan Melayu (MPM) mentakrifkan mereka yang enggan berpindah itu sebagai golongan kecil yang mengutamakan maruah dan kedaulatan mereka sebagai bangsa Melayu, pertahankan haknya, tatkala ramai dalam kalangan mereka memilih pembangunan fizikal yang menjanjikan status jutawan pinggiran.