NEW DELHI – Seorang YouTuber popular India ditahan kerana didakwa menimbulkan ketakutan awam selepas memuat naik video mendakwa Lapangan Terbang Antarabangsa Manohar di Goa dibina di tapak tanah pembakaran mayat dan diganggu aktiviti paranormal.
Akshay Vashisht, pemilik saluran YouTube dengan lebih 572,000 langganan, ditangkap awal minggu ini di New Delhi selepas polis Goa mengesan videonya bertajuk “Evil Haunted Goa Airport” yang tular di media sosial.