Pelajar Tingkatan Lima maut jatuh air terjun

Iklan
Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas terjatuh di kawasan Air Terjun Buntong di sini pada Sabtu.

IPOH – Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas terjatuh di kawasan Air Terjun Buntong di sini pada Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Bayu Zaril Iman Zaharilizam, 17, difahamkan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jati.

Iklan
Iklan

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadreian itu pada jam 11.26 pagi daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dengan kekuatan lapan anggota bersama sebuah jentera dan pacuan empat roda bergegas ke lokasi kejadian sejauh 11 kilometer.

Iklan

“Setibanya di kaki bukit, anggota perlu berjalan kaki kira-kira satu kilometer untuk sampai ke lokasi mangsa.

“Sebaik tiba, didapati seorang mangsa lelaki Melayu berusia 17 tahun mengalami kecederaan serius dan telah diberi rawatan awal oleh pihak KKM,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM di lokasi kejadian.

Beliau berkata, ketua operasi melakukan penilaian dan mengarahkan anggota membawa mangsa turun ke kawasan kaki bukit menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.20 petang.