Polis cari waris remaja autisme ditemui di Lebuhraya Kesas

Iklan
Seorang remaja lelaki ditemui sendirian di lorong motosikal Lebuhraya Kesas pada Jumaat. Foto: PDRM

SERDANG – Polis sedang mencari keluarga atau waris kepada seorang remaja lelaki autisme yang dijumpai di lorong motosikal Kilometer 43.2 Lebuhraya Shah Alam (Kesas), di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, berkata remaja tempatan berusia 14 tahun itu ditemui duduk seorang diri oleh seorang penunggang motosikal pada jam 9.13 malam.

Iklan
Iklan

“Remaja itu telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk jagaan sementara dan tindakan lanjut.

“Pihak polis meminta keluarga, waris atau orang ramai yang mengenali remaja ini supaya hadir atau menghubungi Balai Polis Puchong Jaya di talian 03-80752222,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan
Iklan