UMNO Seputeh dakwa disisih, tolak semua jawatan MPPWP penggal baharu
Iklan
Nurul Hazwani
SHAH ALAM - UMNO Bahagian Seputeh mendakwa mereka tidak diberikan ruang untuk berperanan dalam Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Seputeh bagi penggal baharu.
Setiausaha UMNO Bahagian Seputeh, Nurul Hazwani Haslan berkata, perkara itu timbul selepas Jabatan Wilayah Persekutuan tidak mempertimbangkan cadangan calon yang telah dikemukakan.
Iklan
Iklan
“Surat permohonan cadangan senarai pencalonan nama-nama untuk MPPWP Seputeh penggal ini telah dihantar ke Jabatan Wilayah Persekutuan pada 20 Mei 2025.
“UMNO Bahagian Seputeh telah menamakan calon yang layak dan mengikut kriteria serta komposisi parti dalam Kerajaan Perpaduan seperti ditetapkan dalam pekeliling,” katanya dalam satu kenyataan.
Iklan
Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkaitan perjuangan memenuhi manfaat rakyat lebih utama daripada perjuangan individu.
Menurut Nurul Hazwani, pada penggal pertama 2024/2025, jabatan berkenaan tidak memberikan satu jawatan pun dalam MPPWP Seputeh dengan janji akan melaksanakan lantikan pada penggal kedua.
Iklan
“Ketika itu pihak kami menerima dengan sabar atas dasar memberi ruang kepada Jabatan Wilayah Persekutuan untuk membuat susunan yang lebih baik dan adil untuk semua parti dalam Kerajaan Perpaduan,” ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, janji tersebut gagal dilaksanakan apabila lantikan bagi penggal kedua bermula Julai 2025 hingga 2028 tidak menampilkan wakil UMNO Seputeh.
“Oleh itu, UMNO Bahagian Seputeh telah mengambil keputusan secara kolektif dalam Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Seputeh pada 6 Ogos 2025 untuk menolak semua jawatan dalam MPPWP Seputeh bagi penggal baharu,” katanya.
Beliau mendakwa, lantikan yang dibuat tidak mengikut cadangan UMNO sebaliknya berdasarkan keanggotaan dalam kelab dan persatuan di Seputeh.
“Ini jelas menunjukkan Jabatan Wilayah Persekutuan tidak mahu penglibatan UMNO dalam menjalankan peranan berbakti kepada warga di Seputeh,” katanya.
Hazwani turut menegaskan Perdana Menteri sebelum ini telah menetapkan bahawa lantikan MPPWP mestilah mengikut komposisi parti dalam Kerajaan Perpaduan, namun ia tidak dilaksanakan di Parlimen Seputeh dan beberapa kawasan lain.
“Maka jelaslah dakwaan UMNO tidak diberikan ruang untuk berperanan di Wilayah Persekutuan khususnya di Seputeh adalah benar,” katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.