Kes permohonan RMMJ: Polis siasat scammer guna nama Exco Johor

Iklan
Seng Lee

KULAI – Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, mengesahkan menerima laporan polis daripada Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berhubung kes penipuan dalam urusan permohonan perumahan.

Menurut Seng Lee, pihaknya menerima laporan berkenaan pada Jumaat setelah Mohd Jafni membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.

Iklan
Iklan

“Kita menerima laporan tersebut pada jam 2.24 petang Jumaat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Terdahulu, Mohd Jafni menegaskan bahawa tiada sebarang orang tengah atau wakil peribadi dibenarkan dalam urusan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Semua permohonan, katanya, hanya boleh dibuat melalui saluran rasmi eRumah Johor.

Iklan

“Saya mengingatkan rakyat Johor supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan scammer yang cuba memperdaya menggunakan nama pemimpin, program kerajaan atau logo kerajaan negeri.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menipu rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.