Cegah buli, remaja asnaf dilatih bina jati diri

Iklan
Program Remaja Dinamik berlangsung sejak Rabu lalu dengan penyertaan 50 pelajar asnaf berusia antara 12 hingga 17 tahun.

IPOH - Kesedaran mengenai isu buli menjadi antara pengisian utama Program Remaja Dinamik yang disertai 50 pelajar asnaf sempena cuti persekolahan minggu ini.

Pengerusi Pertubuhan Kasih Kita Negeri Perak, Rosdziah Mohd Zainuddin berkata, topik tersebut banyak disentuh fasilitator berikutan kebelakangan ini kes buli sering berlaku hingga mengakibatkan kematian.

Iklan
Iklan

“Selain mencungkil potensi, membina jati diri serta menyuburkan akhlak, kita mahu memberi kesedaran awal kepada peserta dalam usaha membendung masalah buli.

“Pendedahan ini penting kerana mereka merupakan generasi pelapis yang bakal berdepan cabaran lebih besar pada masa depan,” katanya sempena majlis penutupan program di Tingkap Valley di sini pada Jumaat.

Iklan

Program bertemakan Mencipta Transformasi Diri Ke Arah Kecemerlangan itu turut memberi fokus kepada pembangunan sahsiah, sosial serta gambaran awal mengenai realiti dunia kerjaya.

Rosdziah berkata, program sulung tersebut berlangsung sejak Rabu lalu dengan penyertaan remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun.

Iklan

Menurutnya, selain peserta dari Parlimen Tambun, program yang mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu turut menarik penyertaan dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Melihat kepada sambutan baik daripada peserta, saya berharap program ini dapat diperluaskan ke seluruh negeri dan seterusnya ke peringkat nasional,” ujarnya.