China medan uji kelasakan Bunga Raya 7s

Iklan
Skuad ragbi lelaki negara diletakkan dalam Kumpulan A bersama UAE, Uzbekistan dan Hong Kong bagi Kejohanan Ragbi Asia 7s 2025 di Hangzhou, China yang bermula Sabtu hingga Ahad ini. FOTO: Malaysia Rugby

SKUAD ragbi lelaki negara Tujuh Sebelah (7s) memberi tumpuan kepada aspek pertahanan dan keserasian pasukan menjelang kempen Kejohanan Ragbi Asia 7s 2025 di Hangzhou China yang bermula Sabtu hingga Ahad ini.

Pengendali Bunga Raya 7s, Nik Safuan Ismade berkata, kejohanan berprestij itu bakal menjadi medan terbaik untuk memperkemaskan struktur permainan selain memperkukuh persefahaman antara muka baharu dan pemain berpengalaman.

Iklan
Iklan

“Harapan saya bagi Siri 1 di China ini adalah untuk membentuk sebuah pasukan mantap dengan memperkemaskan sistem pertahanan.

“Perjalanan besar kita adalah di Sukan SEA nanti, tetapi di sini fokus utama adalah memperkukuh ‘bonding’ serta chemistry antara pemain baharu dan lama,” katanya.

Iklan

Sebagai rekod, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Hong Kong Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Uzbekistan.

Kumpulan B pula membariskan Jepun, Thailand, Singapura dan Sri Lanka manakala Kumpulan C menampilkan tuan rumah China, Korea, Filipina dan Taiwan.

Iklan

Bagi aksi pembukaan pada Sabtu, Malaysia dijadualkan menentang UAE (11.12 pagi waktu Malaysia), diikuti Uzbekistan (3.36 petang) sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Hong Kong (8.22 malam).

Beliau menambah, kejohanan itu bukan sekadar soal keputusan sebaliknya memastikan pemain mampu beraksi sebagai satu unit padu di tengah padang.

“Peranan utama saya adalah memastikan mereka dapat bekerjasama erat dan menjadikan skuad ini antara yang terbaik di Asia Tenggara,” ujarnya.