Beri jaminan aspek keselamatan siber
Iklan
Keratan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Hezeri
SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi penjelasan lebih telus berhubung aspek keselamatan siber dalam sistem kawalan subsidi petrol RON95 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Penganalisis industri automotif, Hezeri Samsuri berkata, isu keselamatan data rakyat perlu menjadi keutamaan agar orang ramai yakin maklumat peribadi mereka dilindungi sepenuhnya.