Pas wajar terajui Perikatan Nasional
Iklan
Pas mempunyai 43 kerusi Parlimen dan 148 kerusi Dewan Undangan Negeri.
AWANG sebetulnya tak terkejut sangat Pas cadangkan untuk ambil alih teraju Perikatan Nasional (PN). Kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden Pas itu sebenarnya wajar. Kata Tuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, sudah sampai masanya parti itu mengetuai blok pembangkang.
Awang percaya pemimpin Bersatu sedar hal ini akan timbul juga. Mereka bukan majoriti dalam blok pembangkang. Tapi PN selalu dikaitkan dengan Bersatu dan pimpinannya. Bukan rahsia parti serpihan macam Bersatu selalunya tak tahan lama. Macam juga Parti Semangat 46 dulu.