Kuala Lumpur tidak gerun reputasi Johor

Iklan
Aksi pemain Kuala Lumpur (merah) ketika menentang Terengganu pada aksi Kumpulan B di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, pada 6 September lalu. Foto: Malaysia Rugby

PENGENDALI skuad ragbi Piala Agong Kuala Lumpur, Ahmad Fadzlee Ahmad Idriss menegaskan pasukannya bertekad bangkit dari kekalahan 11-49 kepada Terengganu menjelang pertemuan getir menentang Johor di Havea Arena, RRIM Sungai Buloh pada hari ini.

Menurut Fadzlee, kelemahan utama Kuala Lumpur sebelum ini terletak pada aspek pertahanan terutamanya teknik ‘tackle’ dan penempatan posisi semasa serangan balas yang perlu diperbaiki bagi mengelak lawan memperoleh try mudah.

Iklan
Iklan

“Menghadapi Johor, kami akan menurunkan pemain yang lebih berpengalaman serta melaksanakan taktikal yang lebih berkesan termasuk memberikan cabaran terhadap setiap bola yang digunakan oleh Johor khususnya semasa lineout dan scrum,” ujarnya kepada Sukan Sinar.

Fadzlee turut menekankan bahawa kelebihan beraksi di laman sendiri sebagai sumber motivasi tambahan bagi pasukannya meraih kemenangan pertama musim ini.

Iklan

“Kami akan memanfaatkan aura City Boys di tempat sendiri untuk mengekalkan persaingan sehingga minit terakhir agar Johor sentiasa berwaspada sepanjang perlawanan.

“Selain itu, kami menggesa lebih ramai penyokong tempatan hadir untuk memberikan semangat tambahan kepada pasukan,” tambah beliau.

Iklan

PIALA AGONG 2025

KEPUTUSAN

PDRM 125 - 0 Kedah

Selangor 17 - 13 Perlis

Johor 65 - 14 ATM

Pahang 20 - 57 Terengganu

JADUAL

SABTU (20 SEPTEMBER)

Kelantan lwn Selangor

(EV Arena Elmina, Shah Alam, 8:30 malam)

PDRM lwn Perlis

(Pulapol KL, 3:00 petang)

Kuala Lumpur lwn Johor

(Havea Arena, RRIM Sungai Buloh, 3 petang)

ATM lwn Pahang

(Stadium Pangkalan Udara Subang,3 petang)