'Mula-mula hilang suami, kemudian cucu, sekarang anak pula'

Iklan
Jumirah (kanan) bersama birasnya, Siti Munipah,65, ketika melihat gambar Allahyarham Herini di telefon bimbit. / Allahyarhamah Herini

BENTONG -"Mula-mula hilang suami, kemudian cucu dan sekarang anak pula."

Demikian kata Jumirah Wahid,65, selepas anaknya, Herini Mohammad Ali,38, maut apabila pokok menghempap khemah didudukinya di tapak perkhemahan di Pulau Santap di Janda Baik di sini pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suaminya meninggal dunia dua tahun lalu diikuti cucunya pada Ogos lepas.

"Kali terakhir saya bercakap dengannya Isnin lalu, dia hantar karipap tapi tinggalkan di rumah sahaja, tak sangka itu yang terakhir.

Iklan

"Anak tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap cuma sebelum ini pernah pesan agar kami semua pakai baju warna hitam untuk raya tahun depan ketika anak saudaranya meninggal dunia," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Bentong pada Jumaat.

Reda dengan kehilangan berturut-turut itu, Jumirah memberitahu, Allahyarham Herini yang juga anak ketiga daripada enam beradik itu seorang yang ceria dan mengusahakan produk sejuk beku.

Iklan

"Memang anak ada mengalami masalah hormon tiroid dan disarankan oleh doktor untuk mengurangkan tekanan," tambahnya lagi.