Kesihatan mental jadi kebimbangan utama generasi muda di Malaysia - Kajian Ipsos

Iklan
Kajian Ipsos mendapati kesihatan mental jadi kebimbangan generasi muda di Malaysia.

SHAH ALAM – Isu kesihatan mental muncul sebagai cabaran terbesar yang dihadapi generasi muda di Malaysia ketika ini, mengatasi kebimbangan lain seperti buli, tekanan rakan sebaya dan kesan negatif teknologi.

Menurut kajian Ipsos Malaysian Education Monitor 2025, 37 peratus responden di negara ini melihat kesihatan mental sebagai masalah paling mendesak, jauh lebih tinggi berbanding purata global iaitu 33 peratus.

Iklan
Iklan

Hasil tinjauan ke atas 500 responden di Malaysia mendapati kebimbangan terhadap buli dan tekanan rakan sebaya berada di kedudukan kedua dengan 26 peratus, manakala kesan media sosial dan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) mencatatkan 28 peratus.

Sebaliknya, isu geng dan keganasan remaja, kualiti pendidikan rendah serta sistem pendidikan dan latihan yang tidak sepadan dengan pasaran kerja dianggap kurang mendesak oleh rakyat Malaysia berbanding kesihatan mental.

Iklan

Kajian itu mendapati sebanyak 19 peratus responsen di Malaysia bimbang tentang kualiti pendidikan rendah serta sistem pendidikan dan latihan tidak sepadan keperluan pasaran kerja, manakala hanya 17 peratus responden di Malaysia bimbang tentang isu geng dan keganasan remaja.

Walaupun teknologi dan media sosial sering diperdebatkan, dapatan terbabit menunjukkan rakyat lebih gusar dengan kesejahteraan psikologi anak muda.

Iklan

Menurut Ipsos, walaupun rakyat Malaysia bimbang tentang buli, kesan negatif meda sosial dan teknologi, perkara-perkara terbabit tidak dinggap sebagai ancaman terbesar.

Kajian itu mendedahkan kesihatan mental remaja merupakan kebimbangan paling mendesak di Malaysia, dan pada tahap jauh lebih tinggi berbanding purata nasional, sekali gus menjadikannya cabaran utama generasi muda negara ini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengarah Urusan Ipsos Malaysia, Arun Menon; Pengawai Penyelidik Kanan Ipsos Malaysia, Hasreen Syazana dan Pegawai Penyelidik Ipsos Malaysia, Yuan Wei Loh.

Justeru, Reformasi pendidikan Malaysia mesti memfokuskan kepada tiga keutamaan iaitu akses saksama, teknologi selamat dan sokongan kesihatan mentah lebih kukuh.

Ipsos berpandangan, hanya dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan badan bukan kerajaan (NGO) dapat membina daya tahan dan peluang untuk generasi akan datang.