Masjid Assolehin bakal jadi pusat ilmu, ibadah

Iklan
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya melalui akaun Bank Islam Tetuan Maahad Assolehin bernombor 02011010138477 atau menghubungi talian 013-5325284.

SIK – Masjid Assolehin yang sedang dalam pembinaan di Kampung Lubuk Rambai, Jalan Nami, Naka di sini bukan sahaja menjadi rumah ibadah utama penduduk setempat, malah turut berfungsi sebagai pusat ilmu serta persinggahan strategik musafir.

Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan, Mohamed @ Fauze Husain berkata, untuk itu satu projek khas melibatkan kerja memperluas dewan solat utama, membina ruang serbaguna untuk kuliah agama serta menaik taraf tempat wuduk dan tandas sedang giat dijalankan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, turut serta dalam penambahbaikan ialah kelengkapan seperti permaidani dan sistem audio baharu.

Masjid Assolehin yang sedang dalam pembinaan di Kampung Lubuk Rambai, Jalan Nami, Naka di sini bukan sahaja menjadi rumah ibadah utama penduduk setempat, malah turut berfungsi sebagai pusat ilmu serta persinggahan strategik musafir.

Iklan

“Masjid bukan sekadar tempat solat, tetapi juga menjadi pusat ilmu dan kegiatan sosial.

"Dengan adanya pembinaan ini, kita berharap masjid dapat berperanan lebih baik untuk umat,” katanya.

Iklan

Menurut beliau, projek itu menelan kos kira-kira RM400,000 dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

Ujarnya, bagaimanapun dana yang dikumpulkan setakat ini masih belum mencukupi.

Mohamed memberitahu sehubungan itu pihak jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi merealisasikan hasrat tersebut.

“Setiap sumbangan, walaupun kecil, amat besar maknanya. Insya_ALLAH, ia akan menjadi amal jariah yang berterusan pahalanya,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya melalui akaun Bank Islam Tetuan Maahad Assolehin bernombor 02011010138477 atau menghubungi talian 013-5325284.