Prestasi buruk rugikan organisasi
Iklan
Prestasi organisasi bergantung pada kerjasama kolektif, inovasi, pandangan jauh korporat dan pembelajaran organisasi yang berkesan untuk memastikan daya saing jangka panjang. Gambar hiasan
SEBILANGAN besar penyelidik telah menjalankan pelbagai kajian empirikal di peringkat antarabangsa berkaitan prestasi organisasi. Penemuan mereka secara konsisten menyerlahkan bahawa prestasi organisasi adalah bidang penting yang memerlukan perhatian yang serius terutamanya daripada organisasi yang mahu sukses dalam usaha niaga mereka.
Prestasi organisasi secara asasnya dikaitkan dengan pelbagai konsep utama seperti produktiviti, keberkesanan, keuntungan, daya saing dan kecekapan. Oleh itu, organisasi berusaha untuk mencapai tahap prestasi yang tinggi untuk kekal berdaya saing dalam tempoh jangka panjang.