Bersediakah kita nak jadi negara tua?
Iklan
Malaysia akan menjadi negara tua pada tahun 2040 apabila dijangka pada masa itu sebanyak 17 peratus daripada penduduk berumur 60 tahun ke atas. Gambar hiasan
MENGIKUT ramalan Jabatan Statistik, Malaysia akan menjadi negara tua pada tahun 2040 apabila dijangka pada masa itu sebanyak 17 peratus daripada penduduk berumur 60 tahun ke atas.
Berdasarkan garis panduan Bangsa-Bangsa Bersatu, sesebuah negara dianggap negara menua apabila lebih dari tujuh peratus penduduknya berumur 65 tahun ke atas dan menjadi negara tua apabila bilangan penduduk yang berumur 65 tahun ke atas mencecah 14 peratus.