Protes depan rumah, pejabat Netanyahu

Iklan
Pemimpin 'ekstremis' ini terus berdepan bantahan dan siri protes sejak ia melancarkan perang ganas ke atas Gaza. Foto Agensi/ AFP

TEL AVIV - Ratusan penunjuk perasaan, kebanyakannya ahli keluarga tawanan di Gaza mengadakan protes di luar kediaman peribadi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu selama dua hari berturut-turut.

Mereka turut mendirikan khemah di kawasan tersebut bagi mendesak Netanyahu mencapai perjanjian gencatan senjata dan pembebasan baki tebusan tersebut.

Iklan
Iklan

"Di mana kerajaan? Mengapa kami perlu berjuang sendiri untuk membawa pulang orang yang kami sayangi dan terpaksa menentang pihak meninggalkan mereka?" ujar Maccabit Meir yang merupakan ibu saudara kepada dua tawanan yang sudah berada di Gaza selama lebih 700 hari.

Iklan

Wanita itu dengan lantang menuduh kerajaan 'ekstremis' pimpinan Netanyahu sengaja memilih untuk mengorbankan mereka sejak perang genosid itu tercetus pada Oktober 2023.

Seorang penunjuk perasaan memakai topeng muka wajar Presiden AS, Donald Trump ketika menyertai protes itu.

Iklan

Meir turut meminta Netanyahu tampil untuk bersemuka dengan mereka.

"Tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Kami bukan gerila dan hanya keluarga yang terseksa. Netanyahu hanya perlu keluar dan bercakap dengan kami," sindirnya.

Kebimbangan tentang nasib kesemua tebusan semakin meningkat setelah Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sudah melancarkan operasi untuk 'menakluk' Bandar Gaza yang turut menyaksikan ratusan ribu penduduk Palestin dipaksa berpindah ke kawasan selatan.

Mereka turut melaungkan slogan supaya menghentikan perang genosid di Gaza yang telah berlarutan selama lebih 23 bulan.

Kumpulan penunjuk perasaan itu turut melaungkan slogan mengutuk kerajaan yang gagal bertindak untuk membawa pulang baki tawanan hingga kini.

Difahamkan, terdapat kira-kira 48 tebusan termasuk 20 yang dipercayai masih hidup di wilayah Gaza yang terus dihujani bom.

Plakad tertera gambar baki tawanan di Gaza dibawa salah seorang ahli keluarga yang terlibat demonstrasi itu.

Sehingga kini, Netanyahu tidak memberikan sebarang respons terhadap demonstrasi itu sebaliknya pihak berkuasa bertindak mendirikan sekatan untuk menghalang kemaraan kumpulan tersebut.

Ketika protes utama diadakan di luar kediamannya, ratusan lagi dilaporkan melakukan bantahan di luar pejabatnya di mana pemimpin terpalit skandal rasuah itu terlibat sidang media tentang isu ekonomi. - Agensi