TASEK GELUGOR – Lebih 30,000 pengunjung dijangka membanjiri Festival Motosikal Y15, Y16 dan LC135 pada 26 dan 27 September ini di Midtown Perda, Kubang Menerong.
Festival yang memasuki tahun keenam penganjuran itu bakal menghimpunkan lebih 20,000 motosikal dari seluruh negara, khususnya jentera Y15, Y16 dan LC135, namun tetap terbuka kepada semua pemilik motosikal.