Harimau Malaya ‘mengaum’ lagi, kini ranking 123 dunia

Iklan

SKUAD Harimau Malaya terus menunjukkan perkembangan positif apabila melonjak ke tangga ke-123 dunia dalam kemas kini ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diumumkan pada Khamis.

Kedudukan terbaharu itu menyaksikan skuad kendalian Peter Cklamovski naik dua anak tangga berbanding ranking ke-125 yang dicatat pada 10 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Peningkatan tersebut adalah hasil daripada kutipan mata penting menerusi aksi kelayakan rasmi dan perlawanan antarabangsa kelas A sepanjang tiga bulan kebelakangan ini.

Antara keputusan paling berimpak tinggi adalah ketika Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun lalu.

Iklan

Momentum positif diteruskan pada September apabila Harimau Malaya meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Singapura dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 4 September.

Empat hari kemudian, skuad negara menambah satu lagi kemenangan penting apabila menundukkan Palestin 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, menjadikan keseluruhan tiga kemenangan berturut-turut itu sebagai pemangkin utama kepada lonjakan ranking FIFA Malaysia.

Iklan

Ranking dunia seterusnya akan dikemas kini pada 23 Oktober depan.