KUALA TERENGGANU - Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki pada Februari lepas.
Mohamad Aswadi Yah, 46, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 14 tahun di sebuah rumah di Jalan Pantai Batu Rakit Kampung Mengabang Telong di sini pada 9 malam 15 Februari.