Amaran hujan lebat, ribut petir di lima negeri

Iklan
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor hingga 12 tengah hari ini.Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor hingga 12 tengah hari ini.

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 9 pagi ini, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Kuala Muda di Kedah.

Iklan
Iklan

Di Perak pula, kawasan yang dijangka terbabit ialah Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala Selangor di Sabak Bernam. - Bernama