Aspirasi perlu dikendong bersama
Iklan
Tonggak kekuatan negara semenjak dari dahulu lagi kerana berkongsi satu aspirasi yang sama iaitu; Mendokong Negara Malaysia yang aman dan makmur. Gambar hiasan
ALHAMDULILLAH, banyak hari juga kita bercuti kerana menyambut Hari Malaysia pada setiap 16 September. Kebetulan tarikh tersebut bersambung dengan cuti hujung minggu, cuti anugerah daripada kerajaan serta bertembung dengan cuti sekolah. Ramai sungguh ambil kesempatan bercuti bersama ahli keluarga.
Ada yang balik kampung menjenguk ibu bapa dan kaum kerabat sambil menghadiri majlis kahwin, ada yang bercuti ke negara jiran dan ada juga yang bercuti ke luar negara.