Polis buru lelaki pecah rumah di Ipoh

Iklan
Polis memburu lelaki disyaki pecah rumah di Lapangan Perdana, Ipoh pada 13 September lalu.

IPOH - Polis memburu seorang lelaki disyaki terlibat kes pecah rumah di Lapangan Perdana di sini pada 13 September.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian berlaku 2.48 petang dan suspek memakai topi biru serta pelitup muka telah memecahkan penyelak pintu jeriji.

Iklan
Iklan

"Suspek melarikan diri menggunakan kereta Proton Persona bernombor pendaftaran BMH 7286 yang dilaporkan hilang di Taman Rishah di sini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan kes pecah rumah dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan manakala kecurian kereta Seksyen 379A kanun sama.

Iklan

Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh menerusi talian 05-245 1542 bagi membantu siasatan. - Bernama

 

Iklan