Hakim Danish panaskan enjin di Misano

Iklan
Hakim Danish. Foto ZK Racing

PELUMBA muda sensasi negara, Hakim Danish Ramli bertekad untuk tampil lebih garang apabila meneruskan cabaran dalam Pusingan Keempat Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP di Motor Valley Romagna, Misano, hujung minggu ini.

Hakim Danish, 18, dari Terengganu itu mengakui keyakinannya semakin tinggi selepas menamatkan musim Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) dengan kedudukan ketiga keseluruhan pada saingan final di litar sama minggu lalu.

Iklan
Iklan

“Pada minggu lepas baru sahaja habis final round untuk Red Bull MotoGP Rookies Cup di Misano. Saya lebih bersemangat untuk perlumbaan JuniorGP di sini.

“Ketika ini, saya berada di tangga ketujuh dalam kejuaraan dan sasaran saya adalah untuk meraih seberapa banyak podium. Jangan lupa doakan kejayaan saya,” katanya.

Iklan
Iklan

Hakim Danish kini menghuni tempat ketujuh keseluruhan carta kejuaraan dan bertekad untuk mengutip mata maksimum di Misano bagi memperbaiki kedudukan semasa.