Pang Ron–Su Yin meluncur laju di Shenzhen

Iklan
Su Yin (kiri)-Pang Ron bermula langkah kanan di Masters China Super 750.

PASANGAN beregu badminton campuran negara, Hoo Pang Ron–Cheng Su Yin meneruskan momentum selaku wakil Malaysia yang berjaya melepasi pusingan pertama Masters China Super 750 di Shenzhen Arena pada Rabu.

Gandingan ranking ke-14 dunia itu mempamerkan aksi bertenaga apabila mudah menundukkan pasangan Indonesia, Adnan Maulana–Indah Cahya Sari Jamil, dengan straight set 21-6, 21-14 hanya dalam masa 27 minit.

Iklan
Iklan

Kemenangan tersebut turut meletakkan mereka 1-0 mendahului dalam rekod pertemuan dengan gandingan ranking ke-31 dunia berkenaan.

Pang Ron–Su Yin seterusnya akan berdepan wakil tuan rumah yang juga pilihan kedua kejohanan, Feng Yan Zhe–Huang Dong Ping, selepas pasangan itu menewaskan beregu India, Dhruv Kapila–Tanisha Crasto, 21-19, 21-13 dalam masa 42 minit.

Iklan

Bagaimanapun, rentak berbeza dialami barisan beregu lelaki negara apabila Wan Muhammad Arif Shaharuddin Wan Junaidi–Yap Roy King terpaksa akur sekali lagi selepas tunduk kepada pasangan India ranking ketujuh dunia, Satwiksairaj Rankireddy–Chirag Shetty, 24-22, 21-13 dalam masa 42 minit.

Kekalahan itu menyaksikan mereka gagal menebus kekecewaan selepas turut tewas kepada lawan sama 14-21, 22-20, 16-21 di suku akhir Terbuka Hong Kong Super 500 minggu lalu.

Iklan

Sementara itu, beregu senior Ong Yew Sin–Teo Ee Yi pula tidak berdaya menyaingi pasangan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh–Wang Chi Lin, apabila tumbang mudah 21-10, 21-7 dalam masa hanya 20 minit.