Dalam landskap perniagaan yang kian mencabar, pemilik perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdepan tekanan untuk kekal relevan dan berdaya saing.
Perubahan tingkah laku pengguna, peningkatan kos operasi dan keperluan mendesak untuk pendigitalan menjadikan inovasi bukan lagi pilihan tetapi keperluan.
Menyedari keperluan kritikal ini, Unifi Business memperkenalkan IMPAK BIZ, satu program transformasi perniagaan yang direka untuk membantu usahawan PMKS:
- Menilai tahap kesediaan digital perniagaan,
- Mengenal pasti peluang pertumbuhan baharu,
- Mendapatkan sokongan pakar
- Mempercepatkan proses transformasi digital dengan kos minimum.
Inisiatif ini dikuasakan oleh kerjasama strategik bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), SME Corp. Malaysia, CTOS, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Maybank Islamic Berhad. Sokongan tambahan turut diberikan oleh Astro Awani sebagai rakan media rasmi, IPSOS sebagai rakan penyelidikan serta RTIST sebagai rakan penyelesaian kreatif yang dilantik.
Manfaat menyeluruh IMPAK BIZ
Melalui IMPAK BIZ, perniagaan akan mendapat akses kepada pelbagai sokongan berimpak tinggi:
1. Pembiayaan Mikro Keutamaan daripada BSN
Perniagaan yang menyertai IMPAK BIZ berpeluang mendapatkan pembiayaan mikro daripada BSN dengan kadar faedah kompetitif serendah 3.5% setahun. Proses dokumentasi dipermudahkan, manakala penghantaran permohonan menjadi lebih cepat dan lancar, membolehkan pemilik perniagaan menambah modal kerja tanpa bebanan birokrasi yang rumit.
2. Sokongan Persijilan Halal Percuma melalui Maybank Islamic
Kerjasama dengan Maybank Islamic membolehkan peserta mendapatkan sokongan percuma untuk pensijilan Halal, sekali gus memudahkan pematuhan piawaian dan membuka akses ke pasaran yang lebih luas, termasuk peluang menembusi pasaran antarabangsa.
3. Laporan Perniagaan CTOS Percuma
Peserta akan menerima laporan perniagaan CTOS secara percuma, yang dapat mengukuhkan kredibiliti kewangan syarikat dan membantu pemilik membuat keputusan strategik berasaskan data sebenar, bukan sekadar anggaran.
4. Perkhidmatan Kreatif & Pemasaran daripada RTIST
Melalui sokongan RTIST, usahawan akan memperoleh rekaan kreatif, kempen pemasaran dan strategi visual yang dirangka khusus untuk meningkatkan keterlihatan jenama serta memperluaskan jangkauan pasaran.
5. Konsultasi Digital Peribadi daripada Unifi Business
Setiap peserta akan dibimbing oleh Perunding Digital Bertauliah dari Unifi Business. Konsultasi ini memberi panduan praktikal dan penyelesaian digital yang sesuai dengan keperluan unik perniagaan, bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi.
6. Anugerah IMPAK BIZ
Anugerah IMPAK BIZ, yang mengiktiraf pencapaian transformasi digital PMKS dan memberikan liputan media serta pendedahan di peringkat kebangsaan. Majlis penganugerahan ini dijadualkan berlangsung pada Suku Keempat (Q4) 2025.
Bagaimana IMPAK BIZ berfungsi?
Usahawan hanya perlu melengkapkan penilaian ringkas dengan kurang daripada 20 soalan untuk menilai tahap pendigitalan perniagaan mereka.
Sebaik sahaja selesai, laporan lengkap diberikan serta-merta, memberi gambaran jelas tentang kedudukan digital perniagaan.
Dalam tempoh tiga hari bekerja, Perunding Unifi Business akan menghubungi peserta untuk membentangkan laporan, memberi konsultasi percuma dan mencadangkan penyelesaian digital yang relevan.
Mengapa PMKS perlu sertai sekarang
IMPAK BIZ bukan sekadar program kesedaran digital tetapi ia adalah gerakan nasional untuk memperkasakan PMKS Malaysia dengan alat, pengetahuan dan sokongan praktikal.
Dengan kos sifar untuk penilaian dan pelbagai manfaat eksklusif yang ditawarkan, ini adalah peluang terbaik untuk pemilik perniagaan bersedia menghadapi cabaran ekonomi digital.
Jangan tunggu sehingga pesaing anda mendahului. Kini masa untuk bertindak, mengoptimumkan operasi perniagaan dan melonjakkan daya saing di pasaran.
Sertai IMPAK BIZ hari ini! Layari IMPAK BIZ untuk maklumat lanjut.
Impak BIZ dibawakan oleh Unifi Business, “Rakan Digital Pilihan Anda”.