Banjir di Tanjung Malim pulih, semua PPS ditutup

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung banjir Tanjung Malim makin buruk, hampir 400 mangsa dipindahkan

TANJUNG MALIM – Situasi banjir yang melanda daerah Muallim sejak Isnin lalu pulih sepenuhnya apabila semua lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa ditutup sepenuhnya.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Muallim, penutupan PPS dilakukan secara berperingkat sejak Selasa selepas keadaan cuaca bertambah baik dan paras air surut sepenuhnya.

Iklan
Iklan

Kesemua 397 orang daripada 91 keluarga yang ditempatkan di PPS sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas pihak berkuasa mengesahkan bahawa kawasan kediaman mereka selamat untuk diduduki semula.

Baki 33 mangsa daripada sembilan keluarga yang baru dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim turut dibenarkan pulang pada pagi Khamis.

Iklan

“Bacaan air Sungai Slim di Slim River yang sebelum ini melepasi paras bahaya telah menurun kepada 24.77 meter iaitu di tahap berjaga-jaga,” menurut kenyataan tersebut.

Kesemua mangsa yang dipindahkan telah menerima bantuan makanan serta pemantauan kesihatan daripada agensi terlibat sepanjang berada di PPS.

Iklan