Pembunuh senyap dari belantara
Iklan
Pasukan Senoi Praaq cekap dalam mengenal pasti jejak musuh. Foto MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
TIDAK ramai menyedari bahawa di sebalik keamanan yang dikecapi negara hari ini, terdapat satu pasukan elit terdiri daripada anak watan Orang Asli yang digeruni musuh sejak zaman darurat lagi.
Pasukan Senoi Praaq yang bermaksud ‘Orang Perang’ dalam bahasa Semai, merupakan satu unit penting dalam Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kini terdiri daripada Batalion 3 dan Batalion 18.