KOTA KINABALU - Sebagai langkah menangani penularan wabak Covid-19, kerajaan Sabah mengeluarkan beberapa larangan baharu hari ini termasuk arahan kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin bagi semua individu dari luar negara yang masuk secara terus ke negeri ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong berkata, selaras dengan keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara semalam, kerajaan negeri akan melaksanakan arahan tersebut bermula esok hingga 31 Mac untuk semua individu yang memasuki negeri ini melalui udara, laut, sungai dan darat