Sempat lagi buat pasta ketika naik pesawat

Iklan
Brooks santai di tempat duduk penumpang dalam pesawat ketika berkongsi cara membuat gnocchi. Foto Agensi

WASHINGTON - Gelagat seorang penumpang membuat pasta ketika menaiki penerbangan menjadi tular di media sosial.

Klip itu menunjukkan Katie Brooks turut menguli doh untuk menghasilkan gnocchi ketika pesawat berada pada ketinggian lebih 9,000 meter.

Iklan
Iklan

"POV: Anda tidak suka makanan dalam pesawat. Jadi buat sendiri. Ada sesiapa lagi sama dengan saya?" menurut kapsyen dikongsi wanita tersebut.

Menerusi klip itu, Brooks dilihat mengadunkan tepung dan air dalam satu mangkuk menggunakan jarinya sebelum dibentuk menjadi doh.

Iklan

Dia yang mengendalikan kelas membuat pasta di kediamannya di San Diego, Amerika Syarikat (AS) turut memotong doh kepada bahagian lebih kecil dan menghasilkannya dalam bentuk gnocchi.

Seperti dalam kelas memasak, Brooks kemudiannya menunjukkan sepinggan pasta hasil air tangannya.

Iklan

Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi warganet malah ramai yang mempersoalkan tentang isu kebersihan dan keselesaan penumpang lain. - Agensi