MALBATT 850-12 semarak Hari Malaysia dengan 'Fun Run' di Lubnan

Iklan
Fun Run bukan sekadar aktiviti kecergasan, sebaliknya simbolik kecintaan warga MALBATT terhadap tanah air.

LUBNAN – Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang kini melaksanakan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meraikan sambutan Hari Malaysia ke-62 dengan menganjurkan Fun Run sejauh 10 kilometer pada Selasa.

Malaysia Battalion (MALBATT) 850-12 UNP 2-1, Marakah Camp, South Lebanon dalam kenyataan memaklumkan, penganjuran acara itu bukan sahaja bagi mengekalkan kecergasan fizikal, malah menjadi medium untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan pegawai serta anggota meskipun berada jauh dari tanah air.

Iklan
Iklan

"Fun Run ini bukan sekadar aktiviti kecergasan, sebaliknya simbolik kecintaan warga MALBATT terhadap tanah air.

Penganjuran acara itu bukan sahaja bagi mengekalkan kecergasan fizikal, malah menjadi medium untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan pegawai serta anggota meskipun berada jauh dari tanah air.

Iklan

"Ia juga merupakan bukti komitmen mereka untuk terus kekal berdisiplin dan bersemangat ketika melaksanakan misi keamanan di Lubnan," katanya pada Selasa.

Majlis pelepasan larian disempurnakan Komander MALBATT 850-12, Kolonel Johan Effendi Mohd Shalleh yang turut sama menyertai pegawai serta anggota dalam aktiviti tersebut.

Iklan

Penyertaan yang melibatkan pelbagai peringkat warga pasukan jelas menggambarkan semangat kebersamaan dan kekuatan ukhuwah yang terjalin sesama mereka.