Ketegangan meningkat, Sepanyol panggil diplomat Israel

Iklan
Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares.

MADRID – Kementerian Luar Sepanyol akan memanggil duta sementara Israel hari ini susulan kenyataan mengkritik Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez, oleh Menteri Luar Israel, Gideon Sa’ar.

Sa’ar menuduh Sánchez sebagai 'anti-Semit dan pembohong' menerusi hantaran di X pada Isnin lalu, selepas Perdana Menteri Sepanyol menyatakan sokongan terhadap protes besar-besaran pro-Palestin di Madrid dan beberapa bandar lain.

Iklan
Iklan

Protes itu turut mengganggu beberapa peringkat utama perlumbaan berbasikal La Vuelta, termasuk peringkat terakhir.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Sepanyol menegaskan: “Hari ini, kami akan memanggil duta sementara Kedutaan Israel di Sepanyol bagi memprotes kenyataan dan sikap tidak boleh diterima oleh Menteri Luar Israel terhadap Sepanyol dan Perdana Menteri kami.”

Iklan

Ini merupakan kali kedua dalam tempoh kurang seminggu Kementerian Luar Sepanyol memanggil diplomat Israel bagi membantah kenyataan rasmi kerajaan Israel.

Ketegangan diplomatik muncul ketika hubungan antara Sepanyol dan Israel semakin tegang sejak Sepanyol mengiktiraf Negara Palestin pada 2024 dan menentang tindakan Israel di Gaza, termasuk penguatkuasaan sekatan senjata.-Agensi

Iklan